Dua ahli sindiket seludup dadah ke Sarawak ditahan

Iklan
Imran (tengah) menunjukkan antara dadah yang dirampas pada sidang akhbar di Bangunan AMC, Sepang hari ini.

SEPANG - Sanggup mengambil penerbangan dari Sabah ke Semenanjung untuk mendapatkan bekalan dadah sebelum diseludup ke Miri, Sarawak.

Bagaimanapun, cubaan itu hanya mengundang padah apabila dua ahli sindiket terbabit ditahan di balai pelepasan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2), di sini dengan rampasan dadah bernilai RM204,200 semalam.

Iklan
Iklan

Ketua Polis Daerah KLIA, Asisten Komisioner Imran Abd Rahman berkata, kedua-dua lelaki berusia 24 dan 28 tahun ditahan sepasukan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) KLIA kira-kira jam 10.15 pagi.

"Pemeriksaan pada beg bimbit salah seorang suspek menemui satu bungkusan teh disyaki mengandungi dadah ketamin seberat kira-kira 1 kilogram (kg) bernilai RM57,200.

Iklan

"Turut dirampas sejumlah wang tunai RM9,000," katanya pada sidang akhbar di Bangunan AMC, di sini hari ini.

Beliau berkata, soal siasat kemudian membawa kepada rampasan beg galas milik salah seorang suspek berisi empat bungkusan teh disyaki mengandungi dadah syabu dianggar seberat 4.2 kg bernilai RM147,000 di ruangan kargo pesawat.

Iklan

Katanya, siasatan mendapati kedua-dua suspek tiba beberapa hari sebelum mendapatkan bekalan dadah dari Lembah Klang. Polis juga percaya mereka ini daripada sindiket yang sama.

"Kedua-dua suspek telah direman selama tujuh hari sehingga Khamis depan untuk siasatan di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952," katanya.

Tegasnya, siasatan masih dijalankan untuk mengesan dalang dan ahli sindiket lain.

"Polis akan terus melaksanakan operasi secara berterusan bagi membanteras kegiatan sindiket dadah," katanya.