Pimpinan Pas luah 'kekesalan'

Iklan
Iskandar Abdul Samad, Riduan Mohd Nor dan Ahmad Fadhli Shaari

SHAH ALAM - Beberapa pimpinan Pas hari ini nampaknya meluahkan 'kekesalan' susulan tiada sebarang kerusi diperuntukkan oleh Perikatan Nasional (PN) kepada parti itu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah kali ini.

Memetik laporan Malaysiakini, antara pemimpin tersebut ialah Bendahari Pas, Datuk Iskandar Abdul Samad.

Iklan
Iklan

Iskandar menerusi ciapan di Twitternya berkias menggunakan analogi tongkat Nabi Musa.

"Bila sakit cari tongkat, bila dah sihat buang tongkat. Tapi tongkat bukan sebarang tongkat.

Iklan

"Macam tongkat Nabi Musa AS boleh jadi ular bila dicampak. Boleh patuk balik. Hati-hati," katanya.

Dalam satu ciapan lain selepas itu, Iskandar yang juga bekas Naib Presiden Pas memberi peringatan kepada rakan-rakannya tanpa merujuk kepada mana-mana pihak.

Iklan

"Kawan yang sebenar tidak akan makan sorang. Apa jenis kawan kalau tulang pun dia nak sapu?" soalnya.

Bagaimanapun, Iskandar ketika dihubungi Malaysiakini melalui aplikasi WhatsApp enggan mengulas lanjut.

"Tidak ada kena mengena dengan sesiapa sama ada yang masih hidup atau telah meninggal dunia,” katanya.

Turut memberikan komen negatif adalah AJK Pas Pusat, Riduan Mohd Nor.

Katanya,"Orang berbudi kita berbahasa, orang tak bagi kita berlaga!”

Timbalan Ketua Pemuda Pas, Ahmad Fadhli Shaari juga turut meluahkan rasa tidak puas hatinya dengan apa yang berlaku.

Dalam catatan di Facebooknya, Ahli Parlimen Pasir Mas itu berkata,"Orang berbudi kita berbahasa, orang tidak berbudi, tak payahlah kita berbahasa.”

Malah, ketika dihubungi Malaysiakini untuk mengulas lanjut, Ahmad Fadhli menyerahkan kepada umum untuk memahami apa yang cuba disampaikannya itu.

"Terpulang kepada pemahaman masing-masing,” tambahnya.