Hebat betul PRN Sabah!

Iklan

AWANG sangka hanya dalam wayang gambar yang ada adegan saspens dan kejutan.

Rupanya Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah lebih hebat lagi. Dari mula lagi dah penuh drama dan tanda tanya.

Iklan
Iklan

Puncanya apabila Tan Sri Musa Aman berjaya tarik 14 orang ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) ke sebelahnya.

Ketua Menteri masa itu, Datuk Seri Shafie Afdal bertindak cepat, dapatkan Yang di-Pertua Negeri bubarkan kerajaan negeri.

Iklan

Awang tak tahu siapakah dalang di sebalik tindakan Musa itu. Ada yang kata Presiden UMNO di belakangnya.

Ada juga yang kata, ini langkah pimpinan UMNO Sabah untuk dapat 'autonomi' daripada UMNO Pusat.

Iklan

Mereka nak buat keputusan sendiri. Selepas ini Badan Perhubungan UMNO negeri lain bolehlah ikut cara Sabah.

Menarik juga apabila Datuk Seri Bung Moktar Radin dijadikan Ketua PRN bagi UMNO. Maka sekali lagi UMNO Sabah kecoh.

Ada pemimpin UMNO yang kata tindakan itu macam bunuh diri bagi UMNO dan BN.

Bung Moktar pun tunjuk taring sebenar. Dalam senarai calon BN, nama Musa pun tak masuk.

Tapi kita tak tahu keputusan terakhirnya oleh sebab hari ini penamaan calon. Mungkin Musa lobi sana sini dan dapat balik tempatnya.

Bayangkan mantan Ketua Menteri yang menjadi punca PRN Sabah diadakan tak dapat tempat bertanding dalam pilihan raya! Pelik bin ajaib.

Ada yang ramalkan UMNO dan BN akan tewas kali ini. Tapi jangan lupa gabungan bersama Warisan pun bukanlah semuanya berjalan lancar.

Parti Shafie dapat 46 daripada 73 kerusi. Ada keretakan juga dalam Warisan Plus.

Khabarnya PKR tak puas hati dengan pembahagian kerusi yang dibuat, dapat hanya tujuh daripada 14 kerusi yang diharapkannya.