Misteri kehilangan adik terjawab...

Iklan
Sebelum ini tular satu hantaran di media sosial mengenai seorang kakak panik mengenai adiknya yang didakwa telah diculik pasangan tidak dikenali.

JERAM – Ingatkan diculik rupa-rupanya dibawa berjalan sehingga ke Klang. Itulah penjelasan seorang kakak melalui akaun Facebooknya, mengenai ‘misteri’ kehilangan adiknya pada petang, semalam.

Memetik katanya dalam satu hantaran yang tular sejak 12 jam lalu, adiknya, Shah Hakimi Shahrol, 5, dikatakan keluar bermain bersama rakannya namun dimaklumkan adiknya dibawa menaiki sebuah kenderaan jenis Perodua Kancil.

Iklan
Iklan

Menurut seorang saksi, Shah Hakimi dikatakan ditarik masuk secara paksa ke dalam kereta terbabit oleh pasangan suami isteri yang turut membawa penumpang tiga kanak-kanak sebaya adiknya.

"Laporan polis sudah dibuat,” katanya dalam satu hantaran yang menerima sembilan komen dan empat perkongsian sejak 12 jam lalu.

Iklan

Bagaimanapun, satu hantaran terkini pada sejam lalu memaklumkan kes adiknya dikatakan diculik selesai pada jam 12.30 malam tadi apabila Shah Hakimi ditemui selamat.

"Assalamualaikum. Kes adik saya telah pun selesai. Pada jam 4.30 petang adik saya di bawa pergi oleh pakciknya sendiri ke Klang tanpa apa-apa info.

Iklan

"Jadi info yang saya dapat dari saksi yang mengatakan adik telah ditarik dan dibawa lari menaiki kereta kancil kelabu adalah palsu... saya ucapkan terima kasih dan maaf pada semua,” katanya.

Sebelum ini tular satu hantaran di media sosial mengenai seorang kakak panik apabila dimaklumkan adiknya yang masih berusia 5 tahun diculik pasangan tidak dikenali.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah IPD Kuala Selangor, Asisten Superintendan Ramli Bakar menjelaskan, pihaknya belum menerima kes berkaitan isu yang tular terbabit.

Bagaimanapun katanya, kanak-kanak yang dikatakan diculik terbabit sudah ditemui selamat dan sudah pulang ke keluarganya melalui makluman dalam satu grup WhatsApps.