Saingan tiga penjuru di DUN Sulaman

Iklan
Calon- calon yang akan bertanding merebut kerusi DUN Sulaman semasa penamaan calon di Dewan Seri Sulaman, Tuaran hari ini.

TUARAN - Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sulaman menyaksikan pertembungan tiga penjuru antara calon Perikatan Nasional (PN), Parti Warisan Sabah (Warisan) dan Parti Cinta Sabah (PCS).

Pegawai Pengurus Pilihan Raya, Mohd Sofian Alfian Nair mengumumkan senarai calon yang bertanding kira-kira jam 10.50 pagi tadi selepas proses penamaan calon di Dewan Seri Sulaman di sini ditutup pada 10 pagi.

Iklan
Iklan

Sofian berkata, selepas menyemak kertas pencalonan, pihaknya berpuas hati dan tiada calon yang ditolak pencalonan.

PN mempertaruhkan Ketua Badan Pimpinan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor bagi mempertahankan kerusi DUN itu yang sebelum ini milik Barisan Nasional (BN).

Iklan

Calon PCS, Datuk Rekan Hussein menjadi individu pertama mengemukakan borang pencalonan pada jam 9.05 pagi dan diikuti Hajiji jam 9.10 pagi, manakala calon Warisan, Datuk Aliasgar Basir menyerahkan pencalonan pada jam 9.12 Pagi.