NEW YORK - Bandar raya New York pada Jumaat mengadakan upacara memperingati mangsa yang terkorban dalam tragedi 11 September, di tengah-tengah penularan Covid-19, lapor agensi berita China Xinhua.
Ratusan orang mengambil bahagian dalam upacara diadakan di National September 11 Memorial and Museum itu yang turut dihadiri calon Presiden Demokrat, Joe Biden; Wakil Presiden, Mike Pence; Gabenor Negeri New York, Andrew Cuomol dan bekas Datuk Bandar New York, Mike Bloomberg.