Pas sahkan sudah bincang isu pemilihan kerusi untuk PRU15

Iklan
Tuan Ibrahim menyampaikan ucapan perasmian Muktamar Pemuda Pas kali ke 61 di PUTIK hari ini.

KOTA BHARU - Pas mengesahkan telah menghadiri perbincangan pemilihan kerusi bersama rakan-rakan parti lain sebagai persediaan menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, perbincangan itu diadakan melalui Jawatankuasa Pemilihan Kerusi yang telah ditubuhkan memandangkan PRU15 boleh berlaku dalam waktu terdekat dan jentera Pas sudah bersedia sepenuhnya bagi menghadapi peperangan itu (pilihan raya).

Iklan
Iklan
Presiden Parti Ikatan Bangsa Malaysia, Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir (dua dari kanan) antara kenamaan yang hadir perasmian Muktamar Pemuda Pas kali ke-61 di PUTIK hari ini.

"Ada lima orang setiap parti dalam Jawatankuasa Pemilihan Kerusi dan mesyuarat pertama telah kita buat. Beberapa polisi asas telah dipersetujui bersama. Insya-ALLAH, tiga atau empat kali (pertemuan) lagi akan selesailah," katanya kepada pemberita sempena perasmian Muktamar Pemuda Pas di Pusat Tarbiah Islamiah Kelantan (PUTIK) di Pengkalan Chepa, di sini.

ARTIKEL BERKAITAN: Agihan kerusi PN sudah 50 peratus, kata Abdul Hadi

Iklan

Muktamar Pas: PRU15, PRN Sabah, prestasi Kabinet jadi tumpuan

PM beri bayangan PRU15

Iklan

Kerja sungguh-sungguh seperti esok PRU: Muhyiddin

Sementara itu Tuan Ibrahim semasa menyampaikan ucapan perasmian memberi gambaran Pemuda Pas perlu lebih bersemangat selepas ini memandangkan peperangan PRU bakal berlaku bila-bila masa sahaja.

Anugerah Anak Muda (Media Sosial) kali ini diberikan kepada Mr Kokom di atas kejayaannya yang memberangsangkan dalam industri tersebut.

Mengulas lanjut, beliau berkata, Pas sudah memperkemaskan jentera sedia dan menunggu arahan pihak kepimpinan atasan untuk bertindak.

Sementara itu, dalam perkembangan lain, Tuan Ibrahim juga menyentuh isu generasi muda yang kini dilihat 'muak' dengan situasi politik semasa.

Katanya, perkara tersebut bukanlah benda kecil yang boleh diketepikan memandangkan ia akan memberi kesan kepada seluruh negara.

Luqman Hakim turut membuat ucapan terima kasih kepada barisan kepimpinan Pemuda Pas Malaysia kerana memilih beliau sebagai salah seorang penerima anugerah khas hari ini.

"Suasana (muak) itu berlaku dalam kajian dilakukan. Generasi kini adalah generasi dikuasai dengan media sosial. Bila situasi ini timbul, dia akan wujud satu kumpulan mereka yang tidak peduli tentang dunia politik, ini yang kita risau.

"Politik ini setuju ke tidak setuju ke memang ia akan beri kesan terus kepada kita. Dia (generasi muda) ini tidak kisah pergi mengundi dan sebagainya. Ia akan menjadi masalah besar kepada konteks sistem demokrasi itu sendiri," katanya.