Tindakan provokasi di Baitulmaqdis

Iklan
Regev bersama jurugambar melawat sekitar Baitulmaqdis untuk promosikan kempen politik beliau.

BAITULMAQDIS - PALESTIN. Di bawah langkah provokatif, seorang menteri Israel telah melakukan lawatan ke Baitulmaqdis Timur dan sekumpulan pelampau Yahudi turut mencemari kesucian Masjid al-Aqsa.

Semalam, agensi berita Ma'an melaporkan Miri Regev yang merupakan Menteri Kebudayaan dan Sukan dilaporkan melawat ke sekitar jalan di Kota Lama tersebut bersama jurugambar kononnya untuk mempromosikan kempen politik beliau menjelang pilihan raya Parlimen pada April depan selepas ia dibubarkan pada Disember lalu.

Iklan
Iklan

Dalam insiden berasingan, kira-kira 40 pelampau Yahudi diiringi polis Israel menceroboh masuk pekarangan al-Aqsa.

Pengarah masjid ketiga paling suci orang Islam itu, Sheikh Omar al-Kiswani berkata, pihak berkuasa rejim Zionis turut melarang kakitangan Jabatan Yayasan Islam dari memasuki kawasan al-Aqsa untuk menjalankan tugas mereka.

Iklan
Iklan

Sementara itu, beberapa saksi mendakwa polis Israel juga menahan dan mengasari beberapa remaja Palestin di sekitar kawasan terbabit. - Press TV