Remaja maut motosikal bergesel dengan lori

Iklan
Mangsa, Muhamad Rezdhuan Jusnizam, 18, maut di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala dan badan.

BUKIT MERTAJAM - Seorang remaja maut selepas motosikal ditunggangnya bergesel dengan sebuah lori dalam kemalangan di Jalan Rohzan di sini, petang tadi.

Dalam kejadian pada jam 4 petang itu, Muhamad Rezdhuan Jusnizam, 18, disahkan maut di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala dan badan.

Iklan
Iklan

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Shafee Abd Samad berkata, siasatan awal mendapati mangsa dari arah Bukit Mertajam menghala ke Alma dikatakan melanggar bahagian tepi lori yang datang dari arah bertentangan.

Menurutnya, akibat kejadian itu mangsa tercampak ke atas jalan raya dan tidak sedarkan diri.

Iklan

"Pasukan perubatan yang tiba di lokasi kejadian, kemudian mengesahkan mangsa telah meninggal dunia.

"Mayat remaja terbabit dibawa ke Hospital Bukit Mertajam untuk bedah siasat dan mendapati punca kematian disebabkan kecederaan parah di bahagian kepala," katanya ketika dihubungi di sini.

Iklan

Shafee berkata, siasatan lanjut masih dijalankan bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian dan kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.