Calon BN mahu selesai masalah kemudahan asas di Likas

Iklan
Kee Ying (kanan) menyampaikan risalah kempen kepada peniaga di Tamu Jalan Gaya pagi tadi.

KOTA KINABALU - Calon Barisan Nasional (BN) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Likas, Dr Chang Kee Ying nekad mahu menyelesaikan masalah kemudahan asas rakyat jika diberi mandat pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah.

Dr Ke Ying berkata, perkara itu termasuk masalah kerosakan jalan raya, banjir, air, tanah runtuh dan kemudahan asas di kawasan berkenaan.

Iklan
Iklan

"Saya akan cuba selesaikan isu bersama agensi berkaitan khususnya yang membabitkan kawasan DUN Likas apabila rakyat memberi mandat menjadi wakil rakyat pada 26 September nanti.

"Selepas itu, barulah kita akan berusaha meningkatkan lagi ekonomi rakyat selain memajukan sektor pelancongan serta keperluan masyarakat setempat,” katanya.

Iklan

Beliau berkata demikian selepas mengadakan tinjauan mesra bersama peniaga dan pengunjung di Tamu Jalan Gaya di sini hari ini yang termasuk dalam kempen Chang.

Dalam pada itu, sambutan yang diterima amat baik dari peniaga serta pengunjung ketika bertemu rakyat dilakukannya pagi tadi memperlihatkan sokongan padu diperolehnya.

Iklan

"Ini adalah tinjauan mesra pertama saya bertemu rakyat dan saya memilih lokasi ini kerana ia tempat kunjungan pelancong dalam dan luar negara selain menjadi tumpuan masyarakat tempatan untuk membeli barangan keperluan," katanya.

Dr Kee Ying antara calon wanita yang ditampilkan BN pada PRN kali ini bakal berdepan dengan enam lagi pencabar dari calon Parti Perpaduan Rakyat Sabah, Parti Warisan Sabah, Parti Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu, Parti Liberal Demokratik, Parti Cinta Sabah dan seorang calon Bebas.