BARU-BARU ini kecoh di media sosial apabila seorang influencer dimarahi oleh pemilik sebuah restoran kerana membuat siaran langsung di dalam kedai tersebut.
Tak perlulah Merak Jalanan sebut nama influencer itu, rasanya ramai yang sudah tahu. Ketika kejadian dia sedang membuat live sebelum mendakwa telah ditengking dan dihalau keluar oleh pengusaha restoran terbabit.
Merak Jalanan tidak berniat untuk mengadili siapa yang bersalah atau siapa yang betul. Kalau pembaca mahu kepastian, carilah video tersebut dan buat penilaian sendiri.
Cuma Merak Jalanan nak tegur, gunalah media sosial dengan sebaiknya dan jangan disalah gunakan. Media sosial tidak boleh dijadikan sebagai senjata yang digunakan sewenang-wenangnya oleh sesetengah individu.
Merak Jalanan rasa tindakan influencer tersebut menularkan rakaman video sebagai tindak balas bukan sahaja memberi imej buruk kepada bisnes restoran yang sudah diusahakan sejak 30 tahun lalu, malah kepada imej yang tidak baik beliau sendiri.
Ramai yang mengecam tindakannya itu kerana memuat naik video tular penuh dengan kata-kata kecaman yang Merak Jalanan sendiri tak sanggup nak dengar. Merak Jalanan rasa dia tidak patut bersikap demikian.
Kalaulah ketika itu dia memberikan reaksi positif dengan bertemu pengusaha restoran itu dan meminta maaf, sudah tentu lebih ramai followers menghormatinya.
Kata rakan Merak Jalanan,"Kalau dia minta maaf dan cakap elok-elok dengan tauke restoran itu, imej dia lagi cantik.” Orang muda wajib menghormati yang tua. Saling hormat-menghormati adalah salah satu sifat terpuji dalam Islam.
Gunakanlah kreativiti dalam menyebarkan positive vibes di dunia media sosial dan manfaatkannya dengan sebaik mungkin. Apa pun kedua-duanya meraih populariti sekarang!