TONGGAK Manchester City, Kevin De Bruyne menegaskan The Citizens tidak terkesan sekiranya gagal merekrut bintang Barcelona, Lionel Messi bagi memperkuatkan cabaran itu bagi saingan Liga Perdana Inggeris (EPL).
Sebaliknya pemain Manchester City pertama dinobatkan Pemain Terbaik Tahunan Persatuan Pemain Bola Sepak Profesional (PFA) menyifatkan tumpuan utama kini adalah merampas kembali kejuaraan liga dari Liverpool musim ini.
"Sejujurnya saya tidak memikirkan sangat mengenai isu perpindahan Messi ke Manchester City. Namun saya percaya sekiranya ia berlaku perkara ini akan berlaku akhirnya.
"Sekiranya kelab ini berhasrat mendapatkan khidmat Messi bagi memperkuatkan cabaran dan daya saing, saya optimis kelab mampu melakukannya. Saya dapat melihat kepentingan Messi dari perspektif memotivasikan sesebuah kelab.
"Pada sudut bisnes pula biarpun harga Messi boleh disifatkan luar biasa, namun isu Messi ini perlu dilihat dari masa jangka panjang iaitu kemasukan penajaan untuk kelab.
"Walaupun kelab terpaksa mengeluarkan jumlah wang yang banyak wang, namun sebagai pemain perlu menghormati pelaburan yang dilakukan kelab terhadap Messi,” katanya.
Bintang Argentina berusia 33 tahun itu sebelum ini dikaitkan perpindahan ke Etihad selepas tidak berminat menyambung kontraknya di Nou Camp yang akan menyaksikannya bergandingan semula dengan pengendali The Citizens, Pep Guardiola.
Ketika ditanya sama ada kehadiran pemenang enam kali Ballon d’Or akan menjejaskan posisinya bersama The Citizens De Bruyne berkata:"Saya sebenarnya tidak mengambil peduli sekiranya kehadiran Messi akan menjejaskan atau sebaliknya.
"Sekiranya dia datang, ia akan membantu kita kerana dia telah membuktikan bahawa pemain terbaik sepanjang masa.”