BAITULMAQDIS - Delegasi Israel diketuai Perdana Menteri, Benjamin Netanyahu berlepas ke Washington pada Ahad malam untuk menghadiri majlis menandatangani perjanjian mengenai memulihkan hubungan dengan Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan Bahrain, lapor agensi berita Xinhua.
Turut serta dalam delegasi itu termasuk ketua agensi perisikan Mossad Israel Yossi Cohen dan Penasihat Keselamatan Negara Meir Ben-Shabbat.
"Malam ini, saya akan memulakan misi bersejarah bagi pihak rakyat Israel," kata Netanyahu pada sidang akhbar Ahad pagi, sambil menambah perjanjian itu akan membawa"perdamaian dan berbilion dolar untuk ekonomi (Israel)."
ARTIKEL BERKAITAN: Palestin ‘ditikam dari belakang’ lagi
Bahrain jalin hubungan diplomatik dengan Israel
UAE-Israel tandatangani perjanjian di Rumah Putih minggu depan
Sementara itu, Cohen berkata, Israel berhasrat untuk mencapai perjanjian damai dengan"lebih banyak negara."
Majlis dijadual diadakan pada Selasa di Rumah Putih, bakal dihadiri Presiden Donald Trump, Menteri Luar UAE, Abdullah bin Zayed dan Menteri Luar Bahrain, Abdullatif bin Rashid Al Zayani. - Bernama