KUALA LUMPUR - Seorang lelaki warga tempatan yang menunggang motosikal dengan aksi berbahaya menggunakan kaki bagi mengawal handel kenderaan itu di Jalan Kuching di sini baru-baru ini direman hari ini.
Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Zulkefly Yahya berkata, suspek berumur 36 tahun itu telah menyerah diri di Balai Polis Trafik Jalan Bandar di sini semalam.