KINABATANGAN - Gabungan Rakyat Sabah (GRS) akan menyediakan pelan tindakan bagi merancakkan lagi pembangunan negeri ini sekiranya mendapat mandat membentuk kerajaan selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) akhir bulan ini.
Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin berkata, sehubungan itu setiap menteri akan diwajib menyediakan pelan tindakan masing-masing.
Iklan
Iklan
"Sebagai contoh, gabungan itu akan mencari kaedah terbaik untuk memperkasakan sektor pertanian.
"Ini realiti, setelah kalah, dalam dua tahun ini, kami pemimpin BN banyak waktu dan membuat kajian mengapa Sabah mundur dari segi industri pertanian sedangkan tanah kita di Sabah ini terbentang luas,” katanya.
Beliau yang merupakan calon BN di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Lamag berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menyampaikan ceramah di Pusat Daerah Mengundi Bukit Garam di sini malam tadi.
Gabungan iaitu BN, Perikatan Nasional (PN) dan Parti Bersatu Sabah (PBS) akan bertarung bagi merebut 73 kerusi DUN dengan pengundian ditetapkan pada 26 September ini. - Bernama
Artikel Berkaitan