Binaan haram: Pemilik tanah berdepan tindakan undang-undang
Iklan
Rajendran (kiri) menunjukkan peta pelan kawasan bukit tersebut.
GEORGETOWN - Pemilik tanah persendirian di Bukit Relau kini berdepan tindakan undang-undang kerana membina struktur tanpa kebenaran Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP).
Pengarah Jabatan Kejuruteraan MBPP, A Rajendran berkata, pemilik tanah tersebut didapati menjalankan kerja tersebut di Lot 274, 275, 276 dan 6621, Mukim 13 di kawasan bukit di antara Jalan Bukit Gambir dan Jalan Paya Terubong sejak awal tahun ini.
Iklan
Iklan
Menurutnya, pihaknya telah menyiapkan kertas siasatan dan tindakan undang-undang akan diambil ke atas pemilik tanah tersebut.
Jelasnya, sehingga kini, MBPP belum mempertimbangkan pelan kebenaran merancang yang dikemukakan oleh syarikat perunding yang dilantik pemilik tanah.
Iklan
"Mereka didapati membina struktur laluan bersimen tanpa kebenaran dan tidak mengemukakan pelan mitigasi serta pelan kebenaran merancang untuk kelulusan pihak berkuasa tempatan.
"Tapak setinggi antara 200 hingga 350 meter ini ditanam dengan pokok buah-buahan selain ada yang dibiarkan. Bagaimanapun, laluan bersimen di tapak itu dan kerja penstabilan cerun didapati dijalankan tanpa kelulusan," katanya kepada pemberita di Bukit Relau selepas melakukan tinjauan di kawasan pembinaan tersebut.
Iklan
Pemilik tanah didapati membina struktur tanpa kebenaran di Bukit Relau.
Rajendran berkata, sebelum ini, MBPP telah mengeluarkan tiga notis berhenti kerja terhadap pemilik tanah tersebut.
"Notis Mengkehendaki Kerja Tanah Diberhentikan mengikut Seksyen 70A, Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 telah dikeluarkan pada 5 Mac, 14 Julai dan 15 Julai ini mengikut aktiviti kerja tanah yang diperhatikan di setiap lot tanah terbabit.
"Ketika pemantauan oleh pihak MBPP dan polis ada 15 April lalu, lapan pekerja ditahan untuk siasatan. Pemantauan susulan bermula 24 Ogos hingga kini mendapati, tiada sebarang aktiviti yang dijalankan selain tiada sebarang jentera atau mesin di tapak," katanya.
Beliau berkata, pemilik tanah tersebut pernah dikenakan denda RM10,000 kerana kesalahan sama di kawasan berdekatan.
"Tindakan undang-undang pernah diambil terhadap pemilik tanah pada 2015 kerana menjalankan aktiviti kerja tanah tanpa kebenaran MBPP di kawasan berdekatan.
"Mahkamah belum memutuskan tindakan undang-undang yang akan diambil ke atas pemilik tanah. Jika sabit kesalahan,boleh dikenakan denda RM50,000 atau penjara lima tahun atau kedua-duanya sekali," katanya.
Pengalaman berdepan situasi cemas di tengah laut termasuk menyelamatkan beberapa mangsa tragedi bot karam baru-baru ini membuatkan Pencipta kandungan atau YouTuber dikenali sebagai Mohd Khushairi Mohd Zuki lebih menitik beratkan soal keselamatan setiap kali turun memancing, lapor wartawan Sinar Harian, Mohd Iskandar Othman.
Berkongsi pengalaman bersama rakan menyelamatkan empat nelayan warga Indonesia yang terapung selama empat hari di tengah laut berhampiran Pulau Jarak pada Rabu lalu, Mohd Khushairi berkata, mereka bernasib baik kerana dapat berpaut pada tong ikan dan botol yang diikat pada badan masing-masing.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/698041/edisi/utara/youtuber-kongsi-pengalaman-selamatkan-empat-mangsa-bot-karam