Penumpang tiada kebenaran imigresen 'sangkut' di KLIA

Iklan
Sekumpulan penumpang tidak dibenarkan menaiki pesawat di KLIA pada Sabtu lalu disebabkan tidak membuat permohonan ke luar negara dengan Jabatan Imigresen Malaysia. Gambar hiasan. - Foto 123RF

KUALA LUMPUR - Sekumpulan penumpang yang tidak dibenarkan menaiki pesawat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada Sabtu lalu adalah disebabkan tidak membuat permohonan ke luar negara dengan Jabatan Imigresen Malaysia.

Ketua Pengarah Jabatan Imigresen, Datuk Khairul Dzaimee Daud berkata, penumpang terlibat didapati mempunyai rekod pergerakan masuk ke Malaysia dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Iklan
Iklan

"Mereka yang ditahan ketika berada (di balai berlepas) itu melibatkan individu rakyat Malaysia pemegang pas pemastautin tetap (PR) luar negara atau mereka yang bekerja di luar negara yang pulang dalam tempoh PKP dan ingin pergi semula ke luar negara,” katanya ketika dihubungi hari ini.

"Ada dalam kalangan penumpang berkenaan baru pulang ke Malaysia dalam tempoh sebulan lalu dan ingin terbang semula ke keluar negara atas alasan bekerja," katanya.

Iklan

Menurutnya, individu yang hendak ke luar negara wajib memohon kelulusan daripada pihak imigresen dahulu dan syarat itu bertujuan mengelak rakyat Malaysia yang bekerja atau menetap di luar negara keluar dan masuk ke Malaysia sesuka hati ketika negara masih berdepan penularan wabak koronavirus (Covid-19),"

Pada 12 September lalu, Imigresen mengumumkan garis panduan dan syarat terbaharu bagi rakyat Malaysia yang ingin keluar dan masuk ke dalam negara sehingga berakhirnya tempoh PKP Pemulihan (PKPP) pada 31 Disember ini.

Iklan

Garis panduan itu memaklumkan beberapa kategori terlibat dalam garis panduan itu, antaranya golongan yang tidak perlu memohon kelulusan perlu memohon kelulusan dan tidak dibenarkan keluar negara serta prosedur untuk masuk semula ke Malaysia.

Media sebelum ini melaporkan terdapat sekumpulan rakyat tempatan terkandas di KLIA, Sabtu lepas kerana tidak dibenarkan ke luar negara walaupun mendakwa diri mereka tergolong dalam kumpulan yang dibenarkan ke luar negara tanpa memohon kelulusan berdasarkan garis panduan terbaharu itu. - Bernama