Amaran hujan lebat di Sarawak, Sabah

Iklan
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan amaran cuaca waspada dengan hujan lebat dijangka berlaku di beberapa tempat di Sarawak dan Sabah.

KUALA LUMPUR - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan amaran cuaca waspada dengan hujan lebat dijangka berlaku di beberapa tempat di Sarawak dan Sabah.

MetMalaysia dalam kenyataan hari ini, memaklumkan hujan lebat dijangka melibatkan beberapa kawasan di Sarawak iaitu Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah dan Kapit (Song) sehingga esok.

Iklan
Iklan

Sementara di Sabah, hujan lebat dijangka sehingga Rabu ini di beberapa kawasan termasuk pedalaman Kuala Penyu dan Beaufort, Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran dan Kota Belud) serta Kudat dan Labuan. - Bernama