TER Mossy Forest berpotensi jadi produk antarabangsa

Iklan
Wan Rosdy Wan Ismail (kiri ) dan Mohd Hizamri melawat Taman Eko Rimba (TER) Mossy Forest yang dikalangan pelancong yang datang ke Cameron Highlands.(pix ihsan JPNP)

KUANTAN - Kerajaan Pahang bercadang membantu memajukan Taman Eko Rimba (TER) Mossy Forest, Cameron Highlands sebagai satu produk pelancongan bertaraf antarabangsa.

Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, keunikan TER ialah tumbuhan lumut dan udara segar yang sentiasa menjadi perhatian pelancong.

Iklan
Iklan

Menurutnya, sudah tiba masanya kerajaan negeri memikirkan bantuan yang diperlukan oleh Jabatan Perhutanan Negeri Pahang (JPNP) bagi memajukan pusat pelancongan itu.

"Kita mahu pelancong yang datang ke Cameron Highlands tidak melepaskan peluang berkunjung ke TER Mossy Forest, dan menikmati suasana berada dalam hutan lumut yang begitu menarik dan menakjubkan," katanya dalam satu kenyataan semalam.

Iklan

Beliau berkata, kesungguhan JPNP memajukan TER Mossy Forest harus dipuji terutamna dengan menyediakan kemudahan pelancong termasuk laluan berjalan kaki sepanjang 200 meter, menara dan tempat berehat.

Sementara itu, Pengarah JPNP, Datuk Dr Mohd Hizamri Mohd Yasin berkata, pihaknya kini sednag menyediakan pelan menaik taraf beberapa kemudahan di TER Mossy Forest terutama membabitkan kawasan letak kenderaan dan pusat maklumat.

Iklan

Katanya, hampir 100 hingga 150 pelancong mengunjungi TER Mossy Forest setiap hari dan jumlah meningkat hingga dua kali ganda pada hujung minggu dan cuti umum.