Mekanik maut terkena tayar lori treler tercabut

Iklan
Tayar lori treler yang tercabut terkena motosikal yang ditunggang Mohamad Zazmi di Kilometer 48 Jalan Temerloh - Bandar Jengka - Jerantut hari ini.

MARAN - Seorang mekanik terbunuh selepas motosikal ditunggang berlanggar tayar lori treler yang tercabut di Kilometer 48 Jalan Temerloh - Bandar Jengka - Jerantut di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira jam 1.50 petang itu, Mohamad Zazmi Mohd Zahari, 22, dari Felda Jengka 10, yang menunggang motosikal jenis Yamaha LC meninggal dunia di tempat kejadian.

Iklan
Iklan

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Pahang, Superintendan Kamarulzaman Jusoh berkata, Mohamad Zazmi terkena tayar dari treler jenis Volvo dengan muatan kayu balak yang dipandu seorang lelaki berusia 50 tahun.

"Apabila sampai di tempat kejadian, tiba-tiba tayar treler di bahagian belakang sebelah kanan tercabut dan bergolek ke kanan jalan lalu bertembung dengan penunggang motosikal terbabit yang datang dari arah bertentangan.

Iklan

"Akibat kejadian itu, mangsa terjatuh ke tebing sebelah kanan jalan dan maut di tempat kejadian manakala pemandu treler tidak mengalami kecederaan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya, siasatan awal mendapati pemandu treler dalam perjalanan dari Lepar, Jerantut menghala ke Kuala Lumpur.

Iklan

"Mayat mangsa dibawa ke Hospital Jengka untuk bedah siasat dan kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.