Nelayan Indonesia dicekup ketika curi hasil laut

Iklan
Seramai 11 nelayan Indonesia ditahan di perairan Laut Angsa Bank, Pulau Indah, Klang awal pagi tadi.

KLANG - Kegiatan haram nelayan warga asing menangkap ikan di perairan Laut Angsa Bank, Pulau Indah di sini berjaya dihidu pihak berkuasa awal pagi tadi.

Komander Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah I, Asisten Komisioner Rosman Ismail berkata, kegiatan nelayan asing itu dikesan sepasukan PPM Pelabuhan Klang apabila melihat dua bot nelayan tidak bernombor yang mencurigakan ketika sedang melakukan rondaan pada jam 1.30 pagi.

Iklan
Iklan

"Pemeriksaan mendapati terdapat seramai 11 warga Indonesia berusia 23 hingga 55 tahun pada bot tersebut.

"Kesemua mereka dipercayai berperanan sebagai tekong dan pekerja telah ditahan kerana tidak mempunyai sebarang dokumen perjalanan yang sah, selain beroperasi dengan menggunakan peralatan jenis merawai," katanya kepada Sinar Harian hari ini.

Iklan

Rosman berkata, dua buah bot tersebut kemudian disita untuk siasatan lanjut selain rampasan sebanyak 800 kilogram ikan pelbagai jenis bernilai RM103,000.

"Kesemua mereka ditahan untuk siasatan kerana menjalankan aktiviti menangkap ikan di perairan Malaysia tanpa kebenaran.

Iklan

"Suspek telah diserah kepada pihak Jabatan Perikanan Pelabuhan Klang untuk siasatan di bawah Akta Perikanan 1985," katanya.