Warisan lahirkan jutawan melalui bidang pertanian

Iklan
Junz (dua dari kanan) bersama pengusaha projek fertigasi golden melon di Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM) Putatan semalam.

PUTATAN - Kerajaan Parti Warisan Sabah (Warisan) berjaya melahirkan jutawan dalam bidang pertanian sepanjang dua tahun pemerintahan.

Naib Presiden Warisan, Datuk Junz Wong berkata, ia dibuktikan melalui kewujudan Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM) di Mesilou, Ranau dan Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM) di Putatan.

Iklan
Iklan

"Di TKPM Mesilou, Warisan telah memperkenalkan tanaman fertigasi, sejenis teknik pertanian moden pada 2018.

"Lapan anak muda berusia antara 28 hingga 35 tahun berasal dari Kundasang, Ranau, menyertai TKPM Mesilou ini dan sudah berjaya menjana pendapatan sehingga RM15,000 sebulan dengan menanam tomato, lada hijau besar dan timun Jepun," katanya.

Iklan

Beliau berkata demikian ketika hadir dalam Program Pengenalan Golden Melon Sabah di TPKM, di sini semalam.

Menurut Junz, di TKPM Putatan pula, di bawah pemerintahan kerajaan negeri turut berjaya menghasilkan buah golden melon sedangkan pada zaman UMNO-Barisan Nasional (BN) ia gagal dilaksanakan.

Iklan
Junz (kiri) menunjukkan buah golden melon yang berjaya dihasilkan di Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM) Putatan semalam.

"Kerajaan terdahulu sudah gagal sebelum ini, tetapi awal tahun ini, Warisan telah melibatkan Ananas Farm untuk buah golden melon.

"Mereka telah berjaya menghasilkan prosedur operasi standard (SOP) dan sistem yang berjaya untuk menghasilkan golden melon yang berkualiti," katanya.

Diminta mengulas berhubung perancangan TKPM di masa akan datang, Junz berkata, anak muda akan diberi peluang untuk melibatkan diri dalam bidang pertanian seumpama itu.

"Sebanyak 44 rumah hijau di TKPM Putatan akan diagih kepada sepuluh anak tempatan Putatan.

"Setiap peserta akan menerima empat rumah hijau yang berukuran 6,000 kaki persegi setiap rumah dan mereka boleh menanam sehingga 6,000 pokok golden melon.

"Selepas 90 hari, setiap pokok mampu mengeluarkan hasil seberat 1.5 kilogram hingga dua kilogram golden melon dan seterusnya menjana pendapatan kepada pengusaha," katanya.

Tambah Junz lagi, hasrat itu tidak mustahil dapat dilaksanakan namun kerajaan memerlukan barisan pemimpin kerajaan yang berintegriti.