KOTA KINABALU - Hujan lebat serta ribut sejak semalam yang berlaku di sekitar Bandaraya Kota Kinabalu dan daerah berhampiran menyebabkan banyak bendera dan poster parti yang bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah kali ini rosak.
Tinjauan Sinar Harian pagi ini turut mendapati bendera yang dipasang sebelum ini tinggal tiang sahaja manakala bendera parti tercabut jatuh ke jalan raya.