LABUAN - Seorang lelaki berusia 33 tahun ditemui meninggal dunia di dalam sebuah kenderaan pacuan empat roda yang diletak di tepi jalan berhampiran kawasan denai kembara terkenal di Tanjung Kubong, di sini semalam.
Ketua Polis Daerah Labuan, Superintendan Muhamad Farid Ahmad berkata, lelaki yang lengkap berpakaian sukan itu ditemui tidak sedarkan diri di tempat duduk pemandu dengan enjin kenderaan masih hidup oleh orang awam pada 6 petang.