Perak fokus pelaburan beri peluang pekerjaan tinggi

Iklan
Ahmad Faizal (kanan) mengiringi Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika tiba di Jeti Pangkor sempena lawatan kerja beliau hari ini. Foto: Bernama

LUMUT - Kerajaan Perak mahu memberi lebih tumpuan kepada pelaburan yang boleh membuka peluang pekerjaan yang tinggi kepada rakyat.

Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata, menerusi kerjasama dengan Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA), usaha itu dapat diperhebat demi meningkatkan kedudukan ekonomi rakyat.

Iklan
Iklan

"Kita bekerjasama dengan NCIA untuk memperhebatkan lagi usaha membawa pelaburan masuk ke negeri ini dan pelaburan-pelaburan ini saya minta, biarlah yang boleh membawa peluang pekerjaan besar kepada rakyat Perak.

"Dari segi industri, kita tidak beri fokus yang khusus kerana yang lebih penting, ia boleh beri peluang pekerjaan," katanya kepada pemberita selepas Mesyuarat Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA) ke-23 (PB23) di Pulau Pangkor, di sini hari ini.

Iklan

Mesyuarat dipengerusikan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin itu turut dihadiri Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed dan Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.

Dalam mesyuarat itu, Pelan Pembangunan Strategik (SDP) 2021-2025 Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER) telah dibentangkan yang kemudian diserahkan kepada Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Azlan Man; Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor dan Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow.

Iklan

SDP merupakan rangka kerja yang mantap dan strategik yang menggabungkan situasi semasa di negeri-negeri NCER iaitu Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak bagi menangani impak pandemik koronavirus (Covid-19).

Mengulas lanjut, Ahmad Faizal yakin, projek-projek yang dibawa ke negeri-negeri bersempadanan ini akan memberi nilai kemakmuran bersama.

"Kita alu-alukan usaha yang sedang dibuat NCIA dan alhamdulillah Perdana Menteri sendiri telah memberi tumpuan serta perhatian yang khusus dalam pembangunan di koridor utara ini," katanya.