'Saya bertindak seperti orang bodoh'

Iklan
Insiden panas membabitkan pertelingkahan antara Neymar (kanan) dan Alvaro awal pagi kelmarin.

BINTANG Paris Saint-Germain (PSG), Neymar nyata kesal dengan tindakannya pada pertemuan menentang Marseille awal pagi kelmarin sehingga dia menyebabkan dilayangkan kad merah.

Dalam aksi Ligue 1 itu, Neymar antara lima pemain yang diarahkan keluar padang selepas terlibat dengan pertengkaran besar pada penghujung perlawanan yang menyaksikan PSG tewas 0-1.

Iklan
Iklan

Biarpun mengakui dia bertindak seperti orang bodoh, Neymar tetap menggesa pegawai perlawanan bertindak lebih tegas bagi membanteras isu diskriminasi selepas mendakwa pemain pertahanan Marseille, Alvaro Gonzalez terbabit isu perkauman.

Neymar mendakwa Gonzalez yang juga pemain antarabangsa Sepanyol beberapa kali memanggilnya sebagai 'monyet', namun sedia menerima sebarang hukuman daripada Jawatankuasa Disiplin Liga Perancis.

Iklan

"Semalam (kelmarin) saya memberontak. Saya dihukum dengan kad merah kerana saya mahu memukul seseorang yang menghina saya.

''Saya berpendapat saya tidak boleh membiarkan sahaja tanpa berbuat sesuatu kerana saya sedar mereka yang bertugas tidak melakukan apa-apa," kata Neymar dalam laman sosial Instagram miliknya semalam.

Iklan

Selain Neymar yang dibuang padang selepas menampar belakang kepala Gonzalez, dua lagi rakan sepasukannya, Layvin Kurzawa dan Leandro Paredes serta dua tonggak, Dario Benedetto dan Jordan Amavi turut menerima hukuman sama.

"Dalam sukan, (tingkah laku) agresif, kasar adalah sebahagian daripada permainan tetapi perkauman dan tiada toleransi, tidak boleh diterima. Saya terima hukuman kerana saya sepatutnya bermain dengan bersih tetapi saya berharap juga, pesalah lain turut dihukum.

"Timbul isu perkauman dan kita perlu hentikannya. Cukuplah! Dia memang bodoh dan saya juga bertindak seperti orang bodoh apabila gagal menahan diri daripada terbabit seperti itu,'" ujar Neymar.