Polis Perak tumpu lokasi panas dalam Op Selamat 14

Iklan
Razarudin (tengah) menyaksikan penyerahan tugas oleh Mohamad (kiri) yang bersara kepada pemangku Razlan (kanan), di sini, hari ini.

TAIPING - Polis Perak akan memberi tumpuan utama kepada lokasi panas kemalangan serta kejadian jenayah yang dikenal pasti di negeri ini pada Op Selamat ke-14 sempena Tahun Baharu Cina 2019 bermula 29 Januari sehingga 2 Februari akan datang.

Pemangku Ketua Polis Perak, Datuk Razarudin Husain@Abd Rasid berkata, Op Selamat selama 15 hari itu akan dilancarkan pada 1 Februari ini di Kawasan Rawat dan Rehat (R&R) Bukit Gantang dengan kerjasama Majlis Keselamatan Jalan Raya Perak.

Iklan
Iklan

"Musim perayaan Tahun Baharu Cina ini kita ada Op Selamat melibatkan trafik dan jenayah di mana akan buat rondaan di kawasan yang dikenal pasti sebagai kawasan panas sering berlaku kemalangan dan kejadian jenayah.

"Suka saya ingatkan semua masyarakat terutama yang akan meninggalkan Perak untuk pulang beraya menggunakan kesempatan ini dengan memaklumkan kepada bilik gerakan berdekatan demi keselamatan, di samping memandu berhati-hati di jalan raya" katanya.

Iklan

Razarudin berkata demikian selepas hadir pada Majlis Serah Terima Tugas Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Mohamad Taib, yang bersara, di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD), Taiping, di sini, hari ini.

Razarudin juga turut menasihati orang ramai supaya memanfaatkan aplikasi Volunteer Smartphone Patrol (VSP) yang diperkenalkan PDRM sekiranya mempunyai laporan atau aduan sempena Op Selamat kali ini.

Iklan

Sementara itu, mengulas mengenai persaraan Mohamad sebagai Ketua Polis Daerah Taiping, Razarudin berkata, dia mewakili seluruh warga PDRM Perak mengucapkan taniah dan selamat maju jaya kepada beliau.

"Terima kasih atas jasa dan pengorbanan anda menjadi anggota dan pegawai polis selama 39 tahun sembilan bulan mencurah bakti kepada agama, masyarakat dan negara," katanya.

Mohamad akan bersara secara rasmi bermula esok 29 Januari 2019 dan jawatan Ketua Polis Daerah Taiping akan dipangku sementara oleh Superintendan Razlan Abdul Hamid.