PUTRAJAYA - Kira-kira 800,000 rakyat Malaysia berumur 50 tahun ke atas daripada kumpulan B40 bakal menerima manfaat skim peduli kesihatan dikenali PeKa B40 dengan peruntukan RM100 juta yang akan dilaksanakan secara berperingkat mulai Mac ini.
Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata antara manfaatnya ialah saringan kesihatan, bantuan alat perubatan, insentif melengkapkan rawatan kanser serta insentif tambang pengangkutan.