RAMALLAH - Pemimpin Palestin, Mahmud Abbas semalam menyatakan hanya pengunduran Israel dari wilayah yang didudukinya boleh membawa keamanan di Asia Barat selepas Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan Bahrain menandatangani persetujuan untuk menormalkan hubungan dengan negara Yahudi itu.
"Keamanan dan kestabilan tidak boleh dicapai di wilayah itu sehingga pencerobohan Israel berakhir," katanya menerusi satu kenyataan setelah persetujuan tersebut ditandatangani di Washington, Amerika Syarikat (AS), semalam.
ARTIKEL BERKAITAN: Bahrain, UAE meterai hubungan rasmi dengan Israel