Tindakan Hishammuddin guna isu Filipina tidak bertanggungjawab

Iklan
Chin Tong - Foto Bernama

SHAH ALAM - Tindakan Menteri Luar, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menggunakan isu tuntutan senator Filipina ke atas Sabah sebagai bahan politik ketika ini adalah tidak wajar.

Pengarah Strategik DAP, Liew Chin Tong berkata, Ahli Parlimen Sembrong bertindak sedemikian kononnya untuk menunjukkan dirinya tegas dan pada masa sama memberikan gambaran Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan), Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berlembut terhadap Filipina.

Iklan
Iklan

Katanya, Hishammuddin sepatutnya meletakkan jawatan kerana membuat pelbagai tuduhan palsu dalam isu berkenaan serta menjadikan dasar negara dalam hal ehwal antarabangsa sebagai bahan kempen menghadapi Warisan di Sabah.

"Kita memerlukan pemimpin yang jujur serta matang, tidak bohong dan memutarbelit kata-kata. Adalah lebih bagi Malaysia untuk tidak mempunyai Menteri Luar yang mempergunakan isu antarabangsa, yang sepatutnya menjadi hal ehwal bipartisan, demi faedah politik segera.

Iklan

"Tindakan Hishammuddin adalah sangat tidak bertanggungjawab," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Tidak ada sebab Malaysia runding dengan Filipina isu Sabah

Iklan

Menurut bekas Menteri Pertahanan itu, wakil Warisan dan Pakatan Harapan menolak sebarang tuntutan Filipina ke atas Sabah.

"Saya bangun menyokong Senator Adrian dengan mengemukakan suatu pendirian dwi-partisan bahawa penting bagi Malaysia dan Filipina kembali kepada persefahaman asal yang dicapai antara Presiden Fidel Ramos dan Tun Dr Mahathir pada tahun 1993, iaitu supaya Sabah tidak menjadi rebutan antara kedua-dua negara.

"Pendirian ini dicerminkan dalam undang-undang Republik Filipina sendiri, apabila Presiden Gloria Macapagal Arroyo dan Kongres Filipina meminda undang-undang yang mendefinisi garis-garis sempadan kepulauan Filipina dengan membuang rujukan terhadap Sabah atau Borneo Utara para tahun 2009," katanya.

Tambah Chin Tong, Malaysia dan Filipina sedang berdepan cabaran geopolitik di Laut China Selatan dan perlu bekerjasama bagi menghadapi masalah berkenaan.

"Adalah tidak sesuai bagi mana-mana pihak di Filipina untuk menggunakan isu Sabah sebagai matawang politik demi mendapatkan populariti tempatan dan mengalihkan tumpuan pengundi daripada isu-isu sebenar yang dihadapi negara di Laut China Selatan," katanya.

Kata beliau lagi, Timbalan Menteri Luar, Datuk Kamarudin Jaafar memaklumkan di Dewan Negara bahawa tuntutan dibuat di Filipina itu bukanlah keputusan kerajaan Presiden Duterte, sebaliknya Senator-senator Filipina melalui Jawatankuasa Hal Ehwal Antarabangsa Senat mereka.

"Oleh yang demikian saya amat terkejut apabila Hishammuddin menyambut isyarat Datuk Seri Najib Razak untuk menyerang dan mendakwa Shafie bersikap lembut terhadap Filipina," katanya.