TAWAU - Pejabat Kesihatan Kawasan Tawau sedang mengenal pasti semua individu yang mempunyai kontak rapat dengan mangsa kemalangan maut di Jalan Chong Thien Vun, di sini pada Sabtu, selepas wanita itu disahkan positif Covid-19.
Pegawai Kesihatan Kawasan Tawau, Dr G Navindran berkata, wanita berusia 75 tahun itu maut selepas terbabit dalam kemalangan jalan raya berhampiran kawasan perumahannya.