Cake tidak setuju cadangan nombor plat basikal

Iklan
Mohamad Yusrizal Yusoff

ALOR SETAR - Persatuan Pengguna Kedah (Cake) tidak bersetuju dengan cadangan memperkenalkan nombor plat dan lesen bagi penunggang basikal dengan menyifatkan cadangan itu adalah tidak wajar.

Setiausaha Cake, Mohamad Yusrizal Yusoff berkata, rata-rata pengguna menyifatkan cadangan Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) itu amat tidak munasabah dan tidak berasas walaupun diperkenalkan ke atas basikal yang berkuasa tinggi dan berharga mahal.

Iklan
Iklan

"Mengikut sejarah, lesen dan nombor plat ke atas basikal pernah diperkenalkan semasa zaman penjajahan British dahulu, namun tiada lagi digunakan selepas merdeka.

"Basikal sekarang kebanyakannya digunakan untuk tujuan riadah," katanya ketika mengulas cadangan MIROS memperkenalkan lesen dan nombor plat basikal.

Iklan
Iklan

Sebelum ini, MIROS dilaporkan mencadangkan lesen dan nombor plat basikal diperkenalkan susulan tular beberapa isu membabitkan penunggang basikal baru-baru ini yang menjalankan aktiviti di lebuh raya.