PEMAIN beregu lelaki negara nombor satu negara, Aaron Chia menyifatkan penangguhan saingan Piala Thomas dan Uber 2020 sebagai sesuatu yang positif selepas beberapa negara kuasa besar menarik diri dari kejohanan berprestij badminton dunia berkenaan.
Namun pada masa sama menurut pemain berusia 23 tahun dari Melaka itu, penangguhan edisi Aarhus berkenaan secara tidak langsung satu cabaran kepada pemain negara kerana mereka mempunyai tempoh masa melakukan persediaan lebih rapi untuk memberikan aksi terbaik dalam kejohanan itu.