Rakaman gambar tinjauan menunjukkan cuaca yang mendung dan laut bergelora di sekitar pantai barat Labuan. Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) menerusi laman sesawang mengeluarkan Amaran Angin Kencang dan Laut Bergelora (Kategori Pertama) angin kencang barat daya berkelajuan 40-50 kmsj dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter dijangka di kawasan perairan Reef North, utara Reef South, Layang-Layang, Labuan, Palawan, Sulu hari ini. Keadaan angin kencang dan laut bergelora ini adalah berbahaya kepada bot-bot kecil, rekreasi laut dan sukan laut. - Foto Bernama
Laut Bergelora
Iklan