Bank Rakyat tawar bantuan bersasar kepada individu dan PKS

Iklan
Bank Rakyat menawarkan bantuan bersasar kepada individu dan PKS.

BANK Rakyat menawarkan bantuan bersasar kepada individu terkesan yang bekerja sendiri atau perusahaan kecil dan sederhana (PKS) berikutan penamatan moratorium pembayaran balik pinjaman pada 30 September 2020.

Bank Rakyat menjelaskan seiring dengan komitmen bank dalam memacu kemajuan industri keusahawanan negara, Bank Rakyat menawarkan fleksibiliti sama ada dengan membayar keuntungan sahaja untuk suatu jangka masa yang ditetapkan atau memanjangkan tempoh keseluruhan pembiayaan bagi mengurangkan ansuran bulanan.

Iklan
Iklan

Menurutnya, bantuan bersasar juga ditawarkan kepada pelanggan yang dikenakan potongan gaji oleh majikan yang mana mereka boleh diberikan pengurangan ansuran selaras dengan kadar pengurangan gaji untuk tempoh minimum selama enam bulan.

"Bank Rakyat juga menasihatkan pelanggan yang berhasrat memohon bantuan bagi meneruskan pembayaran pembiayaan mereka selepas tempoh moratorium tamat pada 30 September 2020 ini untuk segera menghubungi bank.

Iklan

"Pelanggan yang berhasrat memohon boleh berbuat demikian menerusi salah satu saluran komunikasi Bank iaitu e-mel ke bankrakyatrnr@bankrakyat.com.my dengan menyertakan sekali nama penuh, nombor kad pengenalan dan nombor telefon bimbit untuk dihubungi, mengunjungi cawangan Bank yang berdekatan atau hubungi Pusat Panggilan di talian 1300800800," katanya dalam satu kenyataan.

Menurut Bank Rakyat, pelanggan juga disaran untuk melayari laman web korporat di www.bankrakyat.com.my atau laman media sosial rasmi Bank Rakyat, @mybankrakyat (Facebook, Instagram dan Twitter) untuk sebarang maklumat lanjut.

Iklan

"Buat pelanggan yang tidak terjejas pula, mereka dinasihatkan untuk menguruskan urusan pembayaran pembiayaan mereka seperti biasa bermula pada Oktober 2020 ini," katanya.

Bank Rakyat sebelum ini mengumumkan penawaran bantuan lanjutan moratorium khusus untuk pelanggan yang telah diberhentikan kerja pada tahun 2020 dan masih belum mendapat pekerjaan baharu.

Selain itu, pelanggan yang diarahkan bercuti tanpa gaji oleh majikan dan berlanjutan sehingga Disember 2020 turut ditawarkan kemudahan tersebut.