KOTA KINABALU - Pejabat Kesihatan Kota Kinabalu berjaya menjejaki penumpang yang menaiki pesawat Malindo Air OD1008 dari Kuala Lumpur ke Kota Kinabalu, Sabah Jumaat lalu.
Pejabat kesihatan itu menerusi satu hantaran di Facebook rasminya semalam memaklumkan, penumpang yang duduk di barisan 30 hingga 33 sudah menghubungi petugas Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC) pejabat berkenaan.