SEPANG - Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA) melarang import babi dan produk babi ke Malaysia bagi menghalang risiko penularan penyakit 'African Swine Fever (ASF).
Arahan larangan sementara itu dibuat ke atas import daging dan produk babi dan laluan udara oleh penumpang dari 10 negara.
Timbalan Menteri MOA, Sim Tze Tzin berkata virus ASF tidak menjangkiti manusia sebaliknya hanya menjangkiti spesis haiwan yang sama kerana sangat mudah merebak dan menyerahkan kadar kematian yang tinggi.
"Bagaimanapun risiko kadar kematian yang tinggi menyebabkan kerugian besar kepada penternak babi tempatan serta membinasakan industri ternakan babi negara.
Ia memberi impak negatif kepada ekonomi negara dan menjejaskan pengusaha ternakan babi,"katanya dalam sidang media di KLIA2 di sini.
Tze Tzin berkata Malaysia dijangka mengalami kerugian sebanyak RM2.7 juta sekiranya wabak ini menular di Malaysia.
Ahli Parlimen Bayan Baru itu berkata, bagi menghalang risiko kemasukan wabak tersebut kerajaan telah meningkatkan pemeriksaan di semua pintu masuk negara.
"Pemeriksaan lebih rapi dijalankan ke atas barangan yang dibawa penumpang di pintu masuk laluan udara terutama di KLIA kerana ada pendaratan kapal terbang dari negara-negara terlibat.
Produk dan daging babi yang dijumpai akan disita dan dimusnahkan mengikut SOP,"katanya.
Sementara itu 10 negara yang dilaporkan mengalami penyakit tersebut termasuk China, Mongolia, Belgium, Hungary, Latvia, Moldova, Poland, Romania, Ukraine dan Chad.