Festival Belia Bando Muo angkat industri seni kreatif

Iklan
Syed Saddiq bersama barisan artis indie yang bakal membuat persembahan dalam Festival Bando Muo.

PUTRAJAYA - Festival Belia Bando Muo yang bakal berlangsung pada 31 Januari hingga 3 Februari ini akan mengangkat industri seni kreatif dan inovatif.

Festival yang dianjurkan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) bersama Kelab Belia Inovatif Maharani (KBIM) itu akan berlangsung di sekitar Bandar Maharani di mana Dataran Tanjung Emas dipilih sebagai lokasi kemuncak festival.

Iklan
Iklan

Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang mencetuskan idea penganjuran festival tersebut mahu optimis memperkasakan komuniti bekia lokal dengan mendedahkan belia denga pelbagai aktiviti sihat.

"Bukan sahaja di Muar, festival ini juga akan dijalankan di kawasan-kawasan luar bandar lain dan sebab utama kita gerakkan festival ini adalah untuk pastikan industri kreatif dan inovatif diberikan tempat yang lebih besar dan luas dalam perancangan pembangunan belia negara.

Iklan

Melalui festival ini kita nak pasarkan produk anak muda, produk kreatif, kumpulan indie, dan banyak band baharu yang perlu dibantu supaya ada rangkaian lebih besar dalam golongan penaja dan pengiktirafan daripada kerajaan persekutuan, negeri dan daerah,"katanya.

Festival yang julung kali diadakan itu bakal menampilkan kemajuan teknologi seperti adaptasi I-O-T dan Revolusi Perindustrian 4.0 selain banyak persembahan pentas oleh artis indie termasuk Bunkface, Ruffedge, Prettyugly, Couple dan artis lain naungan Luncai Emas.

Iklan

Antara program lain yang bakal diadakan termasuk karnival keusahawanan dan kerjaya, persembahan pentas, seni budaya, bengkel kerjaya, pertandingan e-sukan, graffiti dan mural, pertandingan papan luncur dan BMX dan jualan bazar kreatif.

Syed Saddiq dijadual merasmikan festival pada 2 Februari di acara Karnival Keusahawanan dan Kerjaya.