Gempa bumi sederhana di Laut Banda, Indonesia

Iklan

KUALA LUMPUR - Gempa bumi sederhana bermagnitud 5.5 pada skala Richter melanda Laut Banda, Indonesia pada 6.32 petang tadi.

Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia, gegaran itu berlaku kira-kira 388 kilometer (km) selatan dari Ambon, Indonesia pada kedalaman 186km.

Iklan
Iklan

Bagaimanapun, kejadian berkenaan tidak membawa ancaman tsunami kepada Malaysia. - Bernama