Annuar Musa percaya rakyat Sabah mahu perubahan

Iklan
Annuar Musa

LABUAN - Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Tan Sri Annuar Musa yakin bahawa rakyat Sabah akan memilih untuk menukar kerajaan negeri demi masa depan ekonomi yang lebih baik.

Beliau berkata, kerajaan pusat pimpinan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dapat melihat ekonomi negeri Sabah dalam keadaan membimbangkan manakala keadaannya sedang bertambah baik di peringkat pusat melalui rancangan pemulihan koronavirus (Covid-19).

Iklan
Iklan

"Kami ingin bersama rakyat Sabah untuk memperbaiki keadaan (memulihkan ekonomi),” katanya selepas menerima borang keahlian UMNO daripada bekas ahli Parti Amanah Negara (Amanah) Labuan, di sini, hari ini.

Menurutnya, Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-16 membawa cabaran besar kepada BN kerana landskap politik di negeri ini berbeza dengan Semenanjung.

Iklan

"Memandangkan kuasa autonomi diberikan kepada UMNO Sabah dan BN, maka kerjasama adalah sangat penting,” katanya.

Berhubung BN akan bertembung dengan sekutunya, Perikatan Nasional (PN) dan Parti Bersatu Sabah (PBS) di 17 daripada 73 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN),

Dalam pada itu, katanya, Gabungan Rakyat Sabah (GRS) akan memastikan pertembungan BN dengan sekutunya, Perikatan Nasional (PN) dan Parti Bersatu Sabah (PBS) di 17 daripada 73 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) tidak memberi kelebihan kepada pihak lawan.

Beliau menegaskan bahawa adalah penting untuk rakyat Sabah memilih sebuah kerajaan yang sehaluan dengan kerajaan Persekutuan bagi memastikan rancangan pembangunan dapat dilaksanakan secara teratur dan sistematik.

Iklan

Pada PRN Sabah, 26 Sept ini, BN bertanding di 31 kerusi, PN (29) dan 22 oleh PBS. - Bernama