Pakej khas capaian jalur lebar diwujudkan untuk belia

Iklan
Muhyiddin (dua dari kiri) menerima cenderahati istimewa berupa kabel jalur lebar daripada Pengerusi Telekom Malaysia, Tan Sri Mohd Bakke Salleh (kiri) selepas melancarkan Gerbang Sabah di Kota Kinabalu hari ini. - Foto Bernama

KOTA KINABALU - Bagi memenuhi keperluan pembelajaran dan perhubungan era normal baharu, satu pakej khas capaian jalur lebar akan diwujudkan untuk golongan belia dalam masa terdekat.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, pakej itu disediakan oleh kerajaan bersama syarikat penyedia perkhidmatan dengan kos yang rendah dan terma yang lebih menarik untuk membantu golongan belia.

Iklan
Iklan

Katanya, golongan belia adalah kumpulan pengguna kemudahan jalur lebar yang paling aktif kerana mereka dilahirkan sebagai warganegara digital.

"Penggunaan komputer dan telefon pintar menjadi suatu keperluan kepada golongan ini untuk berkomunikasi, belajar dan bekerja. Golongan belia juga menjadi harapan kita untuk mencetuskan inovasi digital yang boleh memacu hasrat negara membangunkan agenda ekonomi digital.

Iklan

"Oleh itu, golongan ini perlu diberi pengetahuan yang mencukupi dan peluang yang luas untuk mencetuskan inovasi dan idea baharu. Untuk mencapai hasrat ini, kerajaan dan syarikat penyedia perkhidmatan sekali lagi bekerjasama untuk mewujudkan pakej-pakej khas capaian jalur lebar untuk golongan belia," katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Pelancaran Gerbang Sabah, di Kota Kinabalu malam ini.

Iklan

Dalam pada itu, Muhyiddin berkata, semua aspirasi ke arah pembangunan masyarakat dan ekonomi digital yang mapan untuk rakyat Sabah akan bermula di Gerbang Sabah.