Giroud akui hampir sertai Tottenham

Iklan
Giroud mendedahkan kurang minit perlawanan menyebabkannya hampir meninggalkan Stamford Bridge.

TONGGAK Chelsea, Olivier Giroud mendedahkan dia hampir memilih Tottenham Hotspur selepas melalui musim mengecewakan bersama kelab London itu.

Menurut bekas pemain Arsenal berusia 33 tahun itu, kurang mendapat tempat dalam kesebelasan utama The Blues musim lalu menyebabkan dia berhasrat menyertai kelab lain demi kelangsungan kariernya bersama skuad Perancis.

Iklan
Iklan

"Sejujurnya kurang mendapat minit perlawanan bersama Chelsea sememangnya menjejaskan peluang beraksi bersama pasukan kebangsaan Perancis.

"Percaya atau tidak pencarian untuk aksi skuad utama hampir menyebabkan saya hampir untuk bergerak ke pesaing utama Tottenham.

Iklan

"Saya berada di pejabat jurulatih untuk mencari jalan keluar selama tiga hari terakhir jendela perpindahan. Saya juga berharap pada masa sama Chelsea akan mencari pengganti saya.

"Bagi saya itu bukan penyelesaian yang terbaik kerana sebelum itu saya hampir menandatangani kontrak dengan Lazio dan Inter Milan. Saya begitu bertekad untuk pergi sehingga saya hampir menandatangani kontrak dengan Tottenham,” katanya.

Iklan

Giroud pada awalnya menyertai Chelsea dari Arsenal pada 2018 setelah menjaringkan 105 gol dalam 253 penampilan keseluruhan untuk The Gunners.

Namun, setelah hampir dua musim di Stamford Bridge, Giroud dikaitkan perpindahan dari Chelsea musim sejuk lalu dengan sejumlah kelab yang dilaporkan berminat mendapatkan khidmatnya.

Giroud biarpun akhirnya mendapat kepercayaan Frank Lampard pada separuh masa kedua kempen dengan menjaringkan 10 gol dalam 25 penampilan keseluruhan.

Selain mendedahkan dia hampir pindah ke Spurs, Giroud juga mengakui bahawa dia hampir pindah ke United Kingdom pada 2010 setelah menyertai kelab Ligue 2, Tours, namun akhir berpindah ke kelab Ligue 1, Montpellier.

"Saya menjadi perhatian Middlesbrough dan Celtic pada 2010, tetapi ejen saya menasihati saya untuk mencipta impak terlebih dulu di Perancis,” katanya.

Akhirnya, Giroud mendapat tawaran dari Arsenal ketika mengharungi saingan Euro 2012 setelah menjaringkan 39 gol dalam 85 perlawanan untuk Montpellier.

Penyerang Perancis itu tampil di bangku simpanan ketika Chelsea melakar kemenangan 3-1 ke atas Brighton dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL).