Pertembungan PBS, BN beri saingan di DUN Lumadan

Iklan
Ruslan menerima borang kemasukan ahli baru ke dalam PBS dalam majlis santai bersama penduduk di Kampung Lupak, Beaufort.

BEAUFORT - Calon mewakili Parti Bersatu Sabah (PBS) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Lumadan, Ruslan Muharam menganggap pertembungan dengan calon Barisan Nasional (BN), Datuk Kamarlin Ombi sebagai saingan sengit dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) kali ini.

Ruslan berkata, persaingan sembilan penjuru itu, beliau perlu berhadapan dengan Kamarlin yang pernah menjadi wakil rakyat selama dua penggal di kawasan itu.

Iklan
Iklan

"Kita melihat pertembungan ini sebagai satu pertembungan sengit kerana beliau sebagai pencabar yang berpengalaman manakala saya pula baru mencuba. Bagaimanapun saya yakin pilihan rakyat untuk menilai dan memilih siapa sebagai wakil mereka," katanya ketika ditemui pada Majlis Santai Bersama Penduduk di Kampung Lupak, semalam.

Menurut beliau, selain BN calon dari Parti Warisan Sabah (Warisan) yang menampilkan golongan muda iaitu Ag Ku Zaidi Pg Wahab juga memberi saingan kepadanya.

Iklan

"Warisan pula ada cabarannya kerana calon daripada golongan muda yang dilihat mempunyai kekuatan selain mereka daripada parti memerintah kerajaan negeri.

"Bagaimanapun kelebihan saya yang berlatarbelakangkan perniagaan yakin akan dapat membantu golongan muda sendiri keluar dari masalah pengangguran dan seterusnya meningkatkan ekonomi penduduk di kawasan ini," katanya.

Iklan
Malik ketika berucap pada majlis program ramah mesra dengan penduduk Kampung Batandok Lubak, Beaufort.

Sementara itu, calon mewakili Parti Cinta Sabah (PCS), Malik Unsat @ Jahari menganggap pertembungan BN dan PBS di DUN Lumadan sebagai satu kelebihan untuknya menarik undi rakyat.

"Perpecahan di sebelah lawan, saya anggap sebagai kelebihan kerana kita lihat tiada persefahaman kalangan mereka dan sudah pasti sebagai parti tempatan yang saya wakili akan memberi peluang untuk menarik undi rakyat.

"Jadi saya teruskan kempen dengan mendekati pengundi dari rumah ke rumah seperti yang dilakukan malam ini," katanya ketika ditemui pada Program Ramah Mesra Dengan Penduduk Kampung Batandok Lubak.