Tekong, empat PATI warga Kemboja dicekup

Iklan
Hasrat empat PATI warga Kemboja masuk secara haram ke negara ini untuk mencari rezeki gagal selepas dicekup anggota PGA Batalion 7 Kuantan di pangkalan haram Kampung Kebun, di Pengkalan Kubor.

TUMPAT - Empat pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Kemboja termasuk dua wanita yang cuba menyusup masuk untuk bekerja di sekitar Kota Bharu dicekup anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 7 Kuantan malam tadi.

Dalam serbuan pada jam 11 malam di pangkalan haram Kampung Kebun, Pengkalan Kubor itu seorang lelaki tempatan berusia 65 tahun yang disyaki bertindak sebagai tekong darat turut ditahan.

Iklan
Iklan

Pegawai Pemerintah PGA Batalion 7 Kuantan, Superintendan Azhari Nusi berkata, sebuah kereta Proton Saga dan 16 batang taring babi milik salah seorang PATI yang ditahan dalam serbuan tersebut.

"Bertindak atas maklumat, sepasukan anggota menahan sebuah kereta Proton Saga berhampiran pangkalan haram Kampung Kebun dan mendapati empat PATI itu berada di dalam kenderaan berkenaan," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Iklan
Kenderaan yang digunakan oleh tekong untuk membawa PATI untuk bekerja di sekitar Kota Bharu.

Menurutnya, pemeriksaan lanjut menemui taring babi dalam beg milik salah seorang PATI dan nilai keseluruhan rampasan termasuk kenderaan dianggarkan berjumlah RM7,880.

"Siasatan awal mendapati suspek yang bertindak sebagai tekong darat itu menerima upah penghantaran berjumlah RM100 untuk seorang PATI," katanya.

Iklan

Katanya, kes disiasat bawah Seksyen 26(J) Atipsom 2012, Seksyen 6(1)(C) Akta Imigresen 1959/63 dan Sek. 60(1)(b) Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010.