Rumah kongsi terbakar, 60 buruh asing sempat selamatkan diri

Iklan
Kebakaran empat buah rumah kongsi di tapak pembinaan Projek Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) Lubok Jong, Pasir Mas awal pagi tadi menyebabkan 60 buruh asing yang bekerja di kawasan itu tinggal sehelai sepinggang.

PASIR MAS - Kebakaran empat buah rumah kongsi di tapak pembinaan Projek Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) Lubok Jong di sini awal pagi tadi mengakibatkan 60 buruh asing yang bekerja di kawasan itu tinggal sehelai sepinggang.

Bagaimanapun, tiada kemalangan jiwa berlaku dalam kebakaran jam 1.10 pagi itu selepas semua mangsa berjaya menyelamatkan diri.

Iklan
Iklan

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Pasir Mas, Penolong Penguasa Bomba Shapawi Stapa berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kebakaran itu pada jam 1.14 pagi.

Tiada kemalangan jiwa berlaku dalam kebakaran jam 1.10 pagi itu selepas semua mangsa berjaya menyelamatkan diri.
Iklan

"Seramai 15 anggota dari tiga buah balai iaitu Pasir Mas, Kota Bharu serta Rantau Panjang telah dikerah ke lokasi kejadian bagi tujuan menyelamat dan memadamkan kebakaran," katanya.

Iklan

Menurutnya, punca dan anggaran kerugian masih lagi dalam siasatan.