Kapal Panama ditahan berlabuh tanpa kebenaran

Iklan
Sebuah kapal tangki yang berdaftar di Panama ditahan APMM kerana berlabuh tanpa mendapat kebenaran pada kira-kira 11 batu nautika timur laut Tanjung Penawar, Kota Tinggi semalam.

KOTA TINGGI - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Zon Maritim Tanjung Sedili menahan sebuah kapal tangki kerana berlabuh tanpa kebenaran kira-kira 11 batu nautika timur laut Tanjung Penawar, dekat sini semalam.

Pengarah Zon Maritim Tanjung Sedili, Kepten Maritim Mohd Zulfadli Nayan berkata, kapal yang berdaftar di Panama dan dikendalikan 15 kru itu ditahan pada jam 11.20 pagi ketika pemeriksaan rutin Op Benteng Laut.

Iklan
Iklan

Beliau berkata pemeriksaan mendapati kapal itu berdaftar di Panama dan dikendalikan 15 kru termasuk nakhoda, sembilan daripadanya warga China manakala enam lagi warga Indonesia berumur lingkungan 22 hingga 62 tahun.

"Mereka melakukan kesalahan di bawah Seksyen 491B (1)(L) Ordinan Perkapalan Saudagar (OPS) 1952 kerana berlabuh tanpa pemakluman atau kelulusan Ketua Pengarah Jabatan Laut.

Iklan

"Pemeriksaan lanjut juga mendapati kapal itu melakukan kesalahan di bawah Seksyen 361(6) OPS 1952 kerana gagal mengemukakan dokumen insurans," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Jika sabit kesalahan katanya, boleh dikenakan hukuman denda tidak lebih RM100,000 atau penjara tidak melebihi dua tahun atau kedua-dua sekali bagi Seksyen 491B(L) OPS 1952.

Iklan

Mereka juga boleh didenda minimum antara RM20,000 hingga maksimum RM100,000 bagi Seksyen 361(6) OPS 1952, katanya.