SPR buat laporan polis terhadap M Manogaran

Iklan
Calon PH, M.Manogaran

SHAH ALAM - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) membuat laporan polis terhadap calon PH, M Manogaran kerana didapati melanggar undang-undang pilihanraya dengan memakai baju berlogo parti ketika memasuki salah sebuah pusat mengundi bagi PRK Cameron Highlands, Sabtu lalu.

ARTIKEL BERKAITAN: Pakai baju logo PH, Manogaran diarah keluar pusat undi

Iklan
Iklan

Menurut Unit Komunikasi Korporat SPR, laporan itu dibuat oleh petugas SPR di Balai Polis Sungai Koyan, Pahang, hari ini, bagi membolehkan siasatan dan tindakan selanjutnya dilakukan.

"SPR menegaskan tidak akan berkompromi terhadap mana-mana pihak yang melanggar undang-undang dan peraturan pilihan raya.

Iklan

"Sehubungan dengan itu, SPR mengingatkan semua pihak agar sentiasa mematuhi setiap undang-undang dan peraturan pilihan raya yang ditetapkan bagi memastikan proses pilihan raya yang telus dan adil dapat dilaksanakan.

"Ini kerana, memakai baju yang mempunyai logo parti merupakan satu kesalahan di bawah Akta Kesalahan Pilihan Raya (AKPR) 1954,”katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

Iklan

Sementara itu, dalam perkembangan sama, SPR melalui Pasukan Penguatkuasa Kempen Pilihanraya turut membuat tiga lagi laporan polis membabitkan pelanggaran akta sama berkaitan penubuhan barung-barung oleh parti pada hari mengundi.

"Tiga laporan polis itu melibatkan sembilan pusat mengundi dalam Dun Tanah Rata dan satu di pusat mengundi dalam Dun Jelai,”katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Pakai baju logo parti: Bersih desak SPR buat laporan polis

ARTIKEL BERKAITAN: pru.sinarharian.com.my