Had 50 penunggang untuk aktiviti berbasikal

Iklan
Boon Keng ditemui pemberita selepas menghadiri upacara sembahyang di Fo Guang Shan Buddhist Centre, di Ipoh hari ini.

IPOH - Polis Perak tidak mengeluarkan sebarang permit terhadap aktiviti berbasikal namun, acara sukan itu perlu dihadkan sekitar 50 penunggang sahaja.

Pemangku Ketua Polis Perak, Datuk Goh Boon Keng berkata, jumlah peserta yang terlalu ramai dalam penganjuran aktiviti itu akan menyukarkan kawalan keselamatan terutama semasa Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

Iklan
Iklan

"Di bawah peruntukan undang-undang, tiada penetapan jumlah peserta namun, kita nasihatkan agar jangan terlalu ramai. Saya menyarankan sekitar 50 penunggang.

"Mereka juga dinasihatkan untuk memaklumkan kepada polis supaya kita sedia maklum akan aktiviti itu dan kita bantu dari segi kawalan keselamatan dan kelancaran lalu lintas. Permit belum dikeluarkan,” katanya ketika ditemui pemberita selepas menghadiri upacara sembahyang di Fo Guang Shan Buddhist Centre, di sini hari ini.

Iklan

Boon Keng berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai langkah pemberian permit bagi aktiviti kayuhan basikal beramai-ramai seperti yang dilaporkan media semalam.

Menurutnya, tiada halangan kepada kumpulan kecil untuk melakukan aktiviti sama tetapi perlu mengambil langkah keselamatan dengan memakai alat perlindungan.

Iklan

"Kita nasihatkan penunggang basikal untuk jaga keselamatan di jalan raya dengan pakai alat perlindungan, menyediakan lampu dan sebagainya.

"Saya juga suka berbasikal tetapi saya memilih jalan yang kurang sesak serta mempunyai laluan berbasikal seperti di Jalan Lim Bo Seng dan Taman Rekreasi DR Seenivasagam,” katanya.