Covid-19: Belum ada keperluan laksana PKP di Tawau, Lahad Datu

Iklan
Ismail Sabri Yaakob. - Foto Bernama

KOTA KINABALU - Belum ada keperluan untuk Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan di Tawau atau Lahad Datu Sabah walaupun daerah itu terus mencatat peningkatan kes koronavirus (Covid-19).

Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yakob berkata, hanya kawasan yang dikenal pasti berlaku kes Covid-19 dilaksanakan PKP Bersasar (PKPB) iaitu di Penjara Tawau dan lokap Ibu Pejabat Polis Lahad Datu.

Iklan
Iklan

"Jika di Tawau ia membabitkan penjara dan kita tutup penjara di mana dari depoh tahanan itu kita nampak banyak jumlah kes disebabkan saringan yang dibuat menjadikan keputusan itu keluar setiap hari.

"Itu yang kita nampak setiap hari dan mana-mana yang positif kita akan terus hantar ke pusat rawatan. Sekarang kita kenal pasti juga kontak rapat mereka dan buat saringan dari lokaliti atau kampung mereka," katanya ketika sidang media sempena Majlis Penganugerahan Pingat Jasa Malaysia (PJM) Peringkat Negeri Sabah, di sini, hari ini.

Iklan

Ismail Sabri berkata, pemantauan lokaliti kontak terbabit masih dijalankan dan jika terdapat peningkatan barulah ia ditutup seperti dalam kes kluster Sivagangga, di Kedah.

"Di Kedah kita tutup lima kampung sekarang tapi kita tidak tutup kawasan lain kerana tidak adil bagi kawasan lain. Kita isytihar merah baru kita tutup berdasarkan nasihat Kementerian Kesihatan," katanya.

Iklan

ARTIKEL BERKAITAN: Penutupan masjid di Sabah bergantung kepada MKN

Sementara itu, Ismail Sabri berkata, sekatan jalan raya yang dilaksanakan anggota polis di beberapa lokasi sekitar Tawau dan Lahad Datu adalah perkara biasa dan tiada kaitan dengan PKP.

"Polis buat sekatan jalan raya itu perkara biasa melalui Ops Penawar dan ia dijalankan berterusan dengan fokus di Lahad Datu dan Tawau," katanya.

Tambah beliau, adalah tidak adil untuk melaksanakan PKP di seluruh Sabah sedangkan kes covid-19 hanya dikesan meningkat di Tawau dan Lahad Datu.

"Jika dua daerah ini ditutup, ia juga tidak adil kerana bukan semua kampung mencatat kes Covid-19," katanya.

Terdahulu, Pantai Timur Sabah ketika ini mempunyai kluster Selamat, Pulau, Laut dan Benteng dengan 340 kes pesakit covid-19 masih menerima rawatan di Tawau, selain 143 di Lahad Datu dan 14 kes di Kunak.