Suu Kyi pelawa pelabur ke Myanmar

Iklan
Suu Kyi mempelawa pelabur global untuk melabur di Myanmar. - Foto AFP

NAYPYITAW - MYANMAR.Pemimpin Myanmar Aung San Suu Kyi mempelawa pelabur global untuk melabur di Myanmar, dalam usaha mengimbangi impak negatif krisis Rohingya dan kelembapan pembaharuan ekonomi.

Suu Kyi menyuarakan potensi ekonomi Myanmar, termasuk lokasi geografi yang menarik dan peluang mengembangkan pasaran domestik di samping menyenaraikan beberapa pembaharuan yang dilakukan kerajaannya sejak berkuasa pada 2016.

Iklan
Iklan

"Saya menegaskan komitmen kami untuk membina platform mesra-pelaburan, silalah datang ke Myanmar dan terokai sendiri peluang ekonomi yang ada," kata Suu Kyi ketika pelancaran mesyuarat pelaburan pertama anjuran pentadbirannya.

Mesyuarat berkenaan menandakan perubahan langkah kerajaan terhadap komuniti perniagaan, Suu Kyi bagaimanapun tidak menyebut tentang isu Rohingya dan kesannya terhadap pelaburan di negara itu.

Iklan
Iklan

Sehingga kini, pelabur berasakan kerajaan Myanmar lebih memfokuskan usaha menamatkan konflik bersenjata dan mengabaikan pembaharuan ekonomi. - Reuters